Sunday, October 14, 2012

Khalid Ibrahim Bertuah, Rakyat Selangor Bakal Beri Hadiah Istimewa


Esok, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menerima hadiah khas dari rakyat Selangor berupa bingkai gambar yang mengandungi manifesto PKR & Pas Selangor pada PRU2008.

Rakyat yang prihatin, Rushdan Mohamed berkata, dia mahu gambar manifesto itu digantung dalam bilik Menteri Besar kerana ia langsung tidak memberi nilai dan makna kepada rakyat negeri Selangor. 
  
Rushdan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pangsapuri Putra Perdana, Puchong berkata, terbukti kerajaan negeri dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdaya rakyat, khususnya menjadikan air percuma sebagai umpan.

“Semasa kempen PRU2008 yang lalu, pengguna domestik di Selangor dijanjikan air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan. Berdasarkan manifesto tersebut, setiap pengguna air domestic di Selangor yang mempunyai akaun dengan Syabas layak menerima subsidi RM11.40 sebulan, tidak kira sama ada menggunakan meter individu ataupun meter pukal.

Namun sejak kerajaan negeri Selangor yang memulakan skim air percuma pada 1 Jun 2008, mereka tidak menerima subsidi air percuma tersebut dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air kami yang dikeluarkan Syabas,” ujarnya.

Apa yang lebih dikesalkannya, kenyataan media Khalid Ibrahim pada 30 Ogos lalu mendakwa pengguna air yang masih memakai meter pukal tidak layak menikmati skim subsidi air percuma itu.

“Sehubungan dengan itu, kami menuntut pengisytiharan baha Skim Air Percuma yang dijanjikan kerajaan Selangor merangkumi semua pengguna air di negeri ini tanpa menggira sama ada pengguna meter pukal ataupun meter individu.

Kami juga memohon perintah injuksi mandatory supaya Syabas mengeluarkan bil air dengan rebet atau potongan yang dijanjikan,” tambahnya lagi. 



Sumber: www.malaysianview.com

Anwar Galas Beban Scopene Setelah SUARAM Gagal


Pembohongan pembangkang dalam isu kapal selam Scorpene nampaknya tidak boleh diselindungi lagi.

Apatah lagi isu yang dijadikan senjata politik oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sejak tahun 2008 tidak mampu lagi dipertahankan apabila sedikit demi sedikit kebenaran mengenai kedudukan sebenar isu tersebut telah dibongkar.

Terbaru. Yves Charpenel, seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal telah menafikan laporan-laporan media pro pembangkang yang tersebar selama ini bahawa isu Scorpene sedang dibicarakan di Perancis.

Pembangkang menyebar dakyahnya bahawa kononnya penyiasatan (bukannya perbicaraan) yang sedang berlangsung adalah hasil laporan yang dibuat oleh pihak Suaram pada 2009 terhadap syarikat milik kerajaan Perancis, DCNS yang dituduh membayar komisyen kepada pihak tertentu di Malaysia dalam urusan pembelian dua kapal selam tersebut pada tahun 2002.

Di bawah undang-undang Perancis pembayaran sebarang komisyen dalam urusan seperti ini adalah tidak dibenarkan.

Sebelum ini Ketua Pembangkang sanggup terbang ke Paris untuk menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan seorang peguam mewakili DCNS untuk memberi taklimat kepada semua ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Usaha ini menunjukkan bahawa pembangkang kini berada dalam keadaan gelisah dan panik kerana isu Scorpene kini dilihat boleh memakan diri mereka sendiri jika tidak diurus dengan sebaik mungkin.

Sebab itulah Anwar terpaksa mengambil alih peranan yang pernah dimainkan oleh Suaram sebelum ini untuk mempastikan isu Scorpene terus hidup.

Bagaimanapun usaha Anwar ini juga akan turut gagal kerana kini rakyat Malaysia sudah tahu siapa dalang sebenar isu Scorpene selama ini.

Ia bukannya Suaram yang hanya merupakan satu cabang daripada PKR tetapi 'mastermind' sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.

Sehari selepas kenyataan Charpenel, balaci Anwar, Tian Chua terus mempertahankan fantasi yang dimainkan pembangkang bahawa penyiasatan masih terus dijalankan yang menjurus kepada perbicaraan.

Bak kata orang kalau sudah mula berbohong, maka terpaksa korek lubang lain untuk menutup pembohongan yang telah dibuat.

Lama kelamaan lubang semakin besar dan akhirnya tidak boleh ditutup lagi dan yang berbohong akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri.

Anwar masih berfikir dan yakin isu Scorpene masih mampu untuk menggugat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum ke 13 kelak.

Beliau berfikir mimpinya untuk ke Putrajaya boleh digapai dengan mengeksploitasi isu itu.

Namun beliau gagal memahami bahawa isu Scorpene atau mana-mana isu yang dipolitikkan sekali pun boleh melarat dalam bentuk dua reaksi - samada ia boleh membantu kerjaya politik seseorang yang mencetuskannya atau sebaliknya isu tersebut akan membaham dan menjahanamkan impian seseorang.

Kelihatan Anwar sekarang terjerat dalam pilihan kedua kerana permainan yang dimulakan oleh apparatnya yang bernama Suaram tiga tahun lalu, bukannya semakin menguntungkan beliau tetapi telah menjadi sebagai liabiliti terbesar yang bakal memusnahkan buaian mimpi pembangkang bertapak di Putrajaya.

Tian Chua, Sivarasa, Cynthia Gabriel dan geng yang sama-sama melakar komplot Scorpene menyedari hakikat ini bahawa masa untuk kebenaran terbongkar sudah amat hampir.

Mereka dilihat tidak lagi mampu meneruskan strategi tersebut secara efektif lalu menyerahkan tanggungjawab tersebut di atas pundak Anwar.

Anwar pula sudah tentu tidak mampu menggalas beban Scorpene seorang diri tanpa bantuan budak-budak suruhannya.

Jika ini berlaku, kekuatan pembangkang terutamanya PKR yang dibina di atas landasan pembohongan demi pembohongan dalam isu ini, akan menjadi petanda parti itu pada PRU13 nanti.

Malah rakan kongsi Anwar, DAP dan PAS juga tidak mempunyai kekuatan untuk terus mendokong isu ini dan mereka juga akhirnya akan meninggalkan PKR keseorangan menangani isu Scorpene yang sudah kekeringan modal.

Hakikat isu sudahpun dijelaskan oleh Ketua Audit Negara bahawa pembelian dua kapal selam itu telah mematuhi semua prosedur perundangan.

Tidak ada perbicaraan seperti mana yang ditegaskan oleh Charpenel maka dengan itu Suaram telah berbohong kepada rakyat apabila mendakwa beberapa individu termasuk Perdana Menteri telah disepina untuk hadir di mahkamah Perancis.

Malah kematian wanita Altantuya Shaariibuu juga tidak ada kena mengena dengan isu Scorpene seperti mana yang ingin dikaitkan oleh pembangkang.

Semua maklumat yang telah tersebar secara meluas oleh media pembangkang selama ini untuk membohongi rakyat adalah hasil pintalan fantasi seorang bernama Anwar yang teringin sangat menjadi Perdana Menteri.

Sumber: Haprak-Daily

Datuk Ditipu RM462,000 Oleh MD GLC ....


Selain ingin wangnya yang bernilai hampir setengah juta dikembalikan, ahli perniagaan berstatus Datuk yang mendakwa ditipu dua orang adik beradik termasuk seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) baru-baru ini berharap tidak ada lagi pihak lain menjadi mangsa.

Mengakui dirinya hilang kepercayaan kepada pengurusan tertinggi GLC itu, usahawan berkenaan tampil mendedahkan tiga dokumen berkaitan penipuan menyebabkan dia kerugian wang ringgit serta kehilangan peluang perniagaan akibat penipuan yang disifatkannya sebagai terancang itu.

Dokumen itu ialah dua keping surat perjanjian menunjukkan dia akan mendapat hak pengedaran, ruang pameran, pusat servis dan alat ganti (4S) daripada orang kenamaan itu dengan semua urusan berkaitan dikendalikan abangnya sebagai orang tengah, termasuk mengambil yuran pengenalan secara beransur-ansur.

Satu lagi dokumen ialah bukti cek tendang sebanyak RM30,000 yang dikeluarkan pada dua tarikh berbeza namun dikembalikan selepas akaun terbabit ditutup menyebabkan mangsa mula mengesyaki dia ditipu dan meminta kembali semua wangnya serta berhasrat untuk membatalkan perjanjian itu.

" Saya bimbang jika tiada tindakan diambil, mungkin mereka akan buat hal lagi kerana sekiranya salah seorang daripada mereka ini sanggup menipu menggunakan pengaruh saudaranya, maka tidak mustahil ramai lagi menjadi mangsa.

" Saya difahamkan, ada lagi usahawan turut ' terkena', namun tidak mahu tampil kerana malu mereka diperdaya saudara kandung kepimpinan tertinggi sebuah syarikat automotif.

" Berkali- kali saya cuba minta penjelasan, tapi lelaki itu terus menghilangkan diri dan usaha saya untuk mendapatkan adiknya yang juga pengarah urusan terbabit tidak dilayan biarpun sudah membuat temujanji dengan pembantunya di pejabat.

"Saya kesal kerana sebaagi seorang peneraju syarikat besar, dia sanggup bersekongkol dengan abangnya untuk menipu saya menyebabkan perniagaan saya merosot dan dihimpit masalah kewangan kerana sebahagian besar simpanan digunakan untuk membayar wang diminta mereka," katanya.

Lagi dokumen di Blog Sahabat-Gunung

Tuesday, July 17, 2012

Sibuk Sangat Soal Air Selangor nie?


Apa yang sibuk sangat isu air nie … peninglah aku. Kalau nak kata takde air, tiap kali nak mandi…. Boleh jer air mengalir. Nak minum …. Tak pernah plak paip air aku tersumbat dari terus mengalirkan air.

Jadi, apa relevannya dengan soal ‘takde air di Selangor’ yang sibuk diperkatakan oleh orang-orang BN sejak kebelakangan nie.

Isu Langat 2, penting sangatkah?

Kenapa kerajaan negeri khususnya Khalid gagap susah sangat nak bagi kerjasama hingga setel pembinaan isu Langat 2 nie?

Khabarnya, dia nak uruskan sendiri syarikat air di Selangor… tak perlu Syabas lagi….

BN bagi ajerlah puak pakatan nie nak uruskan syarikat air sendiri….. tahulah dia nak bagi DAP mana atau nak serah kepada syarikat Singapore untuk menguruskan air Selangor nie …. Biarkan ajerlah.

Baca sini kenyataan Zin Badak mengenai kedegilan Khalid Gagap bagi kerjasama soal air Selangor dan pengurusan projek Langat 2 nie ….

PAS & Ninja/Samurai - Sejak Bila ?


Pergghhh…. Budaya ninja dah jadi mainan dalam PAS nampaknya… Gua heran gak, sejak bila Pas jadi gangster plak nie?

Dikatakan seorang pemuda dari NGO Jati (Penyokong Hassan Ali) aku kira gamaknya telah diacu parang selepas mamat nie memasang banner di Meru baru-baru nie.

Menurut blog Sahabat-Gunung (baru keluar dalam 15 minit lalu), mamat Jati bernama Durrany nie baru sahaja pasang banner debat Dr Hassan Ali vs Dr Rani …. (malam debat, Hassan Ali debat sorang-sorang, Dr Rani entah lari ke mana?)

Okeylah, malas nak tulis panjang lebar …. Baca di sini sahaja. 

Monday, July 16, 2012

Mangkuk-Hayun main buaian ….


Hahahaha… takde apa yang aku nak cakap atau tulis pun dalam blog nie. Malas dah, aku nie dah tua, bukannya macam blogger-blogger baru yang berjiwa orang muda.

Lagipun aku nie makan gaji, sibuk bekerja untuk mencari sesuap nasi buat keluarga.

Oleh yang demikian, uruskan hal sendiri lagi baik dari menyibuk hal-hal politik Negara nie, bukannya aku dapat untung apa pun.


Papa Gomo APA

Tapi untuk malam nie, aku nak sentuh sikit tentang blogger-blogger hebat seperti PapaGomo & APA….

Aku dengar depa ada bertumbuk baru-baru nie, tapi yang aku kesalkan hal kecik macam nie pun sampai boleh ada orang ‘ketiga’ yang cuba menanguk di air yang keroh keluarkan dalam blog depa yang akhirnya beri kesan buruk kepada BN gak….

Cuma kalau korang tak berpuas hati sesame sendiri, tak yahlah sampai keluarkan gambar kereta, rumah `musuh @ pesaing’ korang. Tu dah melampau….

Okeylah, pak cik nak berambus dulu kejap…. Nak layan video Anwar Brahim kejap …. Chow chin chowwww….