Sunday, October 14, 2012

Datuk Ditipu RM462,000 Oleh MD GLC ....


Selain ingin wangnya yang bernilai hampir setengah juta dikembalikan, ahli perniagaan berstatus Datuk yang mendakwa ditipu dua orang adik beradik termasuk seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) baru-baru ini berharap tidak ada lagi pihak lain menjadi mangsa.

Mengakui dirinya hilang kepercayaan kepada pengurusan tertinggi GLC itu, usahawan berkenaan tampil mendedahkan tiga dokumen berkaitan penipuan menyebabkan dia kerugian wang ringgit serta kehilangan peluang perniagaan akibat penipuan yang disifatkannya sebagai terancang itu.

Dokumen itu ialah dua keping surat perjanjian menunjukkan dia akan mendapat hak pengedaran, ruang pameran, pusat servis dan alat ganti (4S) daripada orang kenamaan itu dengan semua urusan berkaitan dikendalikan abangnya sebagai orang tengah, termasuk mengambil yuran pengenalan secara beransur-ansur.

Satu lagi dokumen ialah bukti cek tendang sebanyak RM30,000 yang dikeluarkan pada dua tarikh berbeza namun dikembalikan selepas akaun terbabit ditutup menyebabkan mangsa mula mengesyaki dia ditipu dan meminta kembali semua wangnya serta berhasrat untuk membatalkan perjanjian itu.

" Saya bimbang jika tiada tindakan diambil, mungkin mereka akan buat hal lagi kerana sekiranya salah seorang daripada mereka ini sanggup menipu menggunakan pengaruh saudaranya, maka tidak mustahil ramai lagi menjadi mangsa.

" Saya difahamkan, ada lagi usahawan turut ' terkena', namun tidak mahu tampil kerana malu mereka diperdaya saudara kandung kepimpinan tertinggi sebuah syarikat automotif.

" Berkali- kali saya cuba minta penjelasan, tapi lelaki itu terus menghilangkan diri dan usaha saya untuk mendapatkan adiknya yang juga pengarah urusan terbabit tidak dilayan biarpun sudah membuat temujanji dengan pembantunya di pejabat.

"Saya kesal kerana sebaagi seorang peneraju syarikat besar, dia sanggup bersekongkol dengan abangnya untuk menipu saya menyebabkan perniagaan saya merosot dan dihimpit masalah kewangan kerana sebahagian besar simpanan digunakan untuk membayar wang diminta mereka," katanya.

Lagi dokumen di Blog Sahabat-Gunung

No comments:

Post a Comment